STOKIN NANO VKEN

Wednesday, January 9, 2013

MENGUJI ALIRAN DARAH DALAM ARTERI MENGGUNAKAN MIKROSKOP ARTERI

Maha Suci Allah yang telah mencipta arteri darah atau urat darah dalam badan manusia yang panjang keseluruhannya ialah 120,000 kilometre atau dua kali pusingan bumi.

Apakah tujuan kita menguji kelajuan pergerakan sel-sel darah dalam badan?

Ini kerana keadaan kesihatan badan kita banyak ditentukan oleh bagaimana sel-sel darah kita bergerak. Orang yang terkena stroke atau serangan jantung misalnya, berpunca daripada blocking pada saluran darahnya. Blocking ini berlaku kerana darahnya bergerak dengan sangat perlahan.

Orang yang sakit lutut atau sengal-sengal pada bahagian betisnya ialah kerana darahnya tidak dapat bergerak dengan lancar di dalam saluran darah pada kakinya. Begitu juga orang yang sering sakit kepala ialah kerana darah di dalam urat-urat kepala atau otaknya tidak berjalan dengan lancar.

Darah itu pula tugasnya membawa oksigen ke seluruh badan. Tanpa oksigen yang cukup, banyak organ dalam badan akan rosak. Oleh kerana itulah, stoking Vken ini boleh membantu dengan efektif di dalam mengaktifkan pergerakan sel-sel darah kita di samping membekalkan oksigen yang cukup kepada sel-sel darah tersebut untuk dihantar ke seluruh organ dalam badan.

Sebelum ini kita telah menunjukkan bagaimana sel-sel darah bergerak dengan cara mengambil sampel darah dan mengujinya di bawah mikroskop darah. Daripada ujian tersebut kita dapat melihat keadaan sel-sel darah, samada ianya berkelompok atau berasingan, samada ia bergerak aktif atau perlahan dan juga samada terdapat kandungan oksigen/ kolesterol atau tidak. Ini ialah ujian untuk melihat kandungan dalam darah.

Kita juga boleh menguji KELAJUAN pergerakan sel-sel darah tersebut TANPA mengambil sampel darah, iaitu dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil Mikroskop Arteri (MA).
 
Caranya ialah dengan memasukkan hujung salah satu jari kita ke dalam MA tersebut setelah disapu dengan sedikit minyak baby ke atas hujung jari tersebut. MA tersebut akan memfokuskan ke arah lokasi sempadan di antara hujung kulit dengan kuku jari tersebut.
 
Tujuan memfokuskan MA ke arah itu ialah kerana arteri darah kita berhenti di situ dan berpatah balik, atau dalam lain perkataan, darah kita yang bergerak di dalam tubuh kita di bahagian tangan akan bergerak sehingga ke penghujung kulit di mana bermulanya kuku kita. Setibanya darah tersebut di situ, ia akan berpusing dan berpatah balik iaitu membuat U-Turn di situ. Di lokasi U-Turn itulah tempat yang menjadi focus MA ini.
 
Oleh kerana itu, MA tersebut mampu mengesan pergerakan darah hanya dengan meletakkan hujung jari di bawah MA tanpa perlu mengambil sampel darah. Ia adalah kaedah ringkas dan cepat berbanding dengan mengambil sampel darah yang agak cerewet prosedurnya. Walaubagaimanpun kaedah ini tidak mampu untuk mengetahui kandungan darah. Ia hanya digunakan untuk menguji kelajuan pergerakan darah sahaja.
 
Kami telah menguji beberapa individu dengan menggunakan kaedah tersebut, di antaranya ialah seorang nenek berusia 77 tahun di Beserah, Kuantan pada Disember 2012 yang lalu. Walaubagaimanapun kami hanya menguji beliau selepas beliau mengenakan stoking Vken tanpa mengujinya sebelumnya - satu lagi kesilapan kami yang insyallah tidak akan berulang lagi.

Perhatikan titik-titik putih yang bergerak di dalam arteri tersebut. Sebenarnya yang bergerak itu adalah darah sementara titik-titik putih tersebut ialah ruang kosong di antara titisan-titisan darah yang sedang bergerak.
 
 
A19  Menguji Kelajuan Darah Nenek 77 Tahun Menggunakan Mikroskop Arteri (selepas beliau memakai stoking Vken selama 30 minit)
 
 
 
 
Walaupun pergerakan darah nenek di atas dapat diperhatikan berada dalam keadaan yang aktif dan laju, tetapi oleh kerana beliau baru memakai stoking Vken selama 30 minit sahaja, arteri darah beliau masih tidak lurus dan panjang, sebaliknya ada yang lurus pendek dan ada yang berlingkaran. malahan kebanyakannya berlingkaran.

Arteri yang sihat ialah arteri yang lurus dan panjang, bukannya yang berlingakaran dan bersimpang-siur. Darah hanya akan bergerak dengan lancar dan laju di dalam arteri yang panjang dan lurus.

Umpamakan seutas getah paip yang panjang yang diletakkan dalam keadaan berlingkaran dan disambungkan kepada satu paip air. Sekiranya kita membuka paip air tersebut dengan kuat, perjalanan air tidak dapat bergerak lancar, berbandingkan sekiranya kita meluruskan getah paip tersebut. Begitulah perumpamaan arteri darah kita.

Di bawah ialah satu Carta Arteri untuk memahami keadaan arteri yang sihat dan yang tidak sihat. Arteri yang paling sihat dan ideal ialah arteri yang di atas sekali iaitu yang panjang dan lurus.

Adapun arteri yang lapan di bawahnya merupakan arteri yang sakit tetapi belum kronik. Sementara lapan arteri yang paling bawah ialah arteri yang paling kronik dan memerlukan perhatian dan tindakan pemulihan segera.


A20   Carta Arteri
 
 
 


Selepas memahami keadaan arteri yang sihat dan yang sakit, mari kita lihat bagaimana keadaan arteri saya sendiri, yang telah memakai stoking Vken selama lebihkurang 6 bulan sehingga artikel ini ditulis.
 
 
A21   Ujian Arteri Saya - Disember 2012
 
 
 
 
Jika diperhatikan dengan teliti, arteri saya di hujung jari telah berbentuk panjang dan agak lurus, walaupun belum betul-betul lurus lagi. Sekiranya saya terus mengamalkan memakai stoking Vken ini, dalam beberapa bulan lagi, insyallah arteri saya akan menjadi sihat dan ideal seperti dalam Carta Arteri di atas. Hanya dalam arteri yang seperti ini sahaja darah boleh bergerak dengan aktif dan laju...insya Allah.
 

No comments:

Post a Comment