A8 Hasil Ujian
Darah Ustaz Fakhrudin 29.11.2012
Kalau diperhatikan di atas, sel darah Ust Din kelihatan
sihat, yakni bersifat bulat, ada keputihan yang bercahaya (itulah dia oksigen)
di dalam sel dan berasingan serta bertolakan di antara satu sama lain. Apa yang
tidak diketahui kebanyakan orang pada ketika itu ialah Ust Din telah pun memakai
stoking Vken selama 3 hari berturut-turut sebelum ujian tersebut dijalankan
tetapi hanya pada waktu tidur malam sahaja.
Walaupun beliau tidak memakai stoking Vken ketika ujian
dijalankan ke atasnya, sel-sel darah beliau telah pun mencapai tahap "sebati"
dengan sifat2 sel yang sihat dengan hanya memakai stoking tersebut dalam tempoh
3 hari sahaja, dan pada waktu malam sahaja.
SEPUPU
Selepas itu, kami menjalankan ujian darah ke
atas sepupu Ustaz Din pula. Beliau ini belum pernah menyentuh stoking Vken
tersebut sebelum daripada ujian tersebut.
A9 Ujian Darah Ke Atas Sepupu Ustaz Fakhrudin
29.11.2012
Sebelum menyentuh stoking Vken, darah sepupu dalam
keadaan yang tidak sihat yakni dalam bentuk bergabung dan melekat di antara satu
sama lain, tiada keputihan di dalam dan tidak bergerak aktif. Tetapi selepas 10
minit memegangnya...walla!!!
Berapa lamakah sel-sel darah tersebut akan berada dalam
keadaan yang sihat seperti itu dengan hanya memegang stoking Vken selama 10
minit? Tak lama...dalam sejam ke dua jam sahaja.
Tetapi sekiranya dipegang, atau lebih tepat lagi,
dipakai pada kaki untuk beberapa hari atau malam, ia memang boleh kekal jauh
lebih lama. Oleh kerana itulah saya sendiri memakainya secara berterusan, hampir
24 jam, pada sebulan yang pertama saya mula mendapatnya dahulu.
DARAH ORANG MUDA
Di kesempatan yang sama, kami juga telah menguji darah
seorang anak muda dalam awal 20-an yang turut sama di majlis kami.
A10 Ujian Darah Orang Muda
Jelas daripada clip video di atas bahawa sel-sel darah
beliau kelihatan sihat sebagaimana ciri-ciri yang saya sebutkan di atas.
Walaubagaimanapun terdapat satu bonggolan besar seperti
kepala ayam yang menghalang perjalanan darah beliau. Ini menurut Mr Kelvin ialah
akibat beliau makan secara telan atau malas mengunyah makanannya sehingga hancur
sebelum ditelan.
Ujian selepas memegang stoking Vken tidak dilakukan ke
atas beliau kerana ia tidak akan membawa perubahan yang besar dan untuk
menjimatkan waktu.
No comments:
Post a Comment