STOKIN NANO VKEN

Monday, December 17, 2012

MIRACLE

My Wife telah terkena batuk yang kronik sebulan sebelum itu. Belum ada tanda2 yang dia akan sembuh dalam waktu terdekat. Dalam tempoh tersebut, dia dok makan pelbagai jenis ubat batuk tapi tidak juga sembuh. Lalu I pun bagilah dia pakai sepasang stoking Vken ni. dia pun pakailah pada malam harinya semasa tidur.

Apa yang berlaku esoknya? Ya...batuknya telah hilang terus. I mean TOTALY hilang. Tapi I masih ada reservation. Sebab ada kemungkinan penyembuhan total selepas memakai stokin tersebut ialah kesan daripada memakan ubat batuk sebelum daripada itu. Atau kesan kedua-duanya - ubat batuk dan stokin?

Jadi sebagai seorang yang seharusnya berfikiran objektif dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan, I pun meneruskan memakai stokin tersebut untuk melihat kesannya pada diri I sendiri.

Kesannya memang ada. I mula rasa dahaga terutama sekali lepas bangun tidur. Tapi yang ketara pada 3 hari pertama ialah pada bahagian kaki. Sebelum daripada itu, kan I dah sebut yang I ni memang selalu kebas2 kaki? Selain daripada itu I pun ada tanda2 awal gout seperti kebas2 di hujung ibu jari kaki. Daripada pembacaan I, sememangnya ibu jari kaki ialah tempat serangan gout yang pertama dan tempat favouritenya.

I pun ada sengal2 di bahagian betis. Ish...kaki I ni memang banyak problem, walaupun masih boleh digunakan lagi. Tetapi 90% daripada sakit2 dan kebas2 tersebut hilang dalam tempoh seminggu yang pertama memakai stokin Vken ni.

Itu belum masuk lutot lagi. Lutot kanan I ni memang telah sakit selama 2 tahun kebelakangan ini. Maklumlah... dah guna 48 tahun sejak baby lagi. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, ia semakin sakit khususnya ketika nak bersolat iaitu ketika hendak turun ke kedudukan sujud daripada kedudukan berdiri qiam. Terpaksa turun sujud dengan tangan terjulur ke depan macam superman. Tangan sampai ke tanah dulu daripada kaki.

Sakit lutot ni ambil masa sikit nak sembuh. Talib ada sebut pasal Kneeguard Vken iaitu yang dipakai pada bahagian lutot. So I pun belilah juga dan pakai. Kesannya memang segera...I mean very fast! Dalam masa beberapa minit sahaja, lutot I dah rasa lega. Tapi I tidak berniat untuk menanggalkannya segera. I terus pakai sampai sebulan lagi.

Seingat I, dalam lebih kurang sebulan selepas pakai kneeguard tu, sakit lutot I dah sembuh almost 100%. Maksud sembuh tersebut ialah I tidak perlu lagi memakai kneeguard pada lutot kanan tersebut dan sakitnya dah tak rasa lagi. I bersolat pun dah normal dan tidak seperti superman lagi...lutot dulu cecah ke tanah, bukan tangan.

Tapi bare in mind ya,,,I tidak pernah tidak memakai stoking Vken ni sejak hari pertama I memakainya iaitu sejak daripada bulan puasa 2012 yang lalu sehinga sekarang, kecuali adalah miss 2-3 hari gitu.

Seperti yang I sebutkan pada posting I yang awal dulu, I pun ada sakit pinggang juga...tak boleh duduk tanpa bersandar terlalu lama, lebih daripada 5 minit. Atau duduk bersandar tetapi tidak boleh sampai 3 jam berterusan, dia akan berdenyut2 di sebelah pinggang kiri.

I dapat satu idea. Apa kata I letak kneeguard tadi di pinggang I? So I pun merekabentuk kneeguard tersebut menjadi sebuah bengkung. I upah tukang jahitlah buatkan untuk I.

Kesannya memang segera juga. Sekarang sudah hampir 3 bulan I pakai bengkung ni. Pada bulan pertama lagi I dah tak rasa sakit pinggang lagi khususnya selepas bangun tidur atau duduk tanpa bersandar lama. Tetapi I terus memakai bengkung tersebut sampai sekarang untuk terus merawat pinggang I ni.

(FYI...kneeguard ni I letak di pinggang iaitu di bahagian belakang yang orang selalu rasa sakit bila duduk lama tu)


Kronologi:

Julai 2012: Bulan ke-3 puasa, I mula kenal produk Vken ni, I terus pakai stoking vken.

Ogos 2012: I mula pakai Kneeguard Vken pada lutot sekali dengan Wrislet Vken iaitu pada pergelangan tangan kiri untuk melancarkan darah menuju ke jantung.

Pada bulan Ogos tersebut, I mula tertanya-tanya apa bendanya yang ada dalam stoking ini sehingga kesannya sedemikian rupa. Bukan sahaja kepada I, tetapi juga kepada mereka2 yang I telah berikan atau jualkan produk ini.

So I pun start membaca dan menonton Youtube tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam stoking, kneeguard atau wristlet tersebut. Di antaranya ialah batu Rainbow Tourmaline:


A2 Rainbow Tourmaline



Untuk mengetahui khasiat batu tersebut, silalah google sendiri ya. Memang berlambak info dalam internet ni kalau rajin menggoogle kan.

Batu tourmaline ni rupanya ada dalam pelbagai warna dan berbeza2 khasiatnya. Maha Suci Allah yang tidak pernah mencipta sesuatu dengan sia-sia... walaupun seketul batu, ada khasiatnya juga. Ia datang dengan warna hitam, pink, hijau, kuning dan yang paling power sekali ialah rainbow atau pelangi ini sebab di dalamnya ada semua jenis warna...pada firasat hamba sendirilah.

Cuba tengok bagaimana mat saleh ini mengeluarkan batu tourmaline hitam daripada sebongkah batu yang besar. Rupanya mat saleh telah lebih awal sedia maklum daripada kita akan khasiat batu2 tourmaline ni.

A3 Cara mengeluarkan batu Tourmaline



No comments:

Post a Comment